Langkau ke kandungan
Siswa Ride

Syarat guna dan notis privasi

Tentang Siswa Ride

Siswa Ride ialah sistem komuniti persendirian untuk pelajar UPSI mencari driver prebet sesama pelajar. Siswa Ride bukan perkhidmatan rasmi UPSI dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat atau agensi.

Peraturan harga

  • Harga setiap trip ditetapkan oleh sistem mengikut pasangan lokasi. Driver tidak boleh menetapkan atau mengubah harga.
  • Harga adalah untuk satu trip (satu kereta), bukan untuk setiap penumpang.
  • Caj tambahan waktu malam dikenakan mengikut tetapan sistem yang dipaparkan semasa memilih trip.
  • Driver dilarang mengenakan bayaran melebihi harga sistem. Penumpang boleh melaporkan driver yang berbuat demikian.

Tempahan dan bayaran

  • Harga tempahan dikunci mengikut harga sistem pada masa tempahan dihantar, termasuk caj malam jika berkaitan.
  • Bayaran (tunai atau DuitNow) dibuat terus kepada driver. Siswa Ride tidak menerima, menyimpan atau memproses wang.
  • Driver menanda tempahan sebagai sudah dibayar selepas trip. Sebarang pertikaian bayaran boleh dilaporkan kepada admin.
  • Penumpang boleh membatalkan tempahan sebelum trip bermula. Driver yang membatalkan mesti memberi sebab.
  • Tempahan yang tidak dijawab sebelum masa trip akan tamat tempoh secara automatik.

Syarat untuk driver

  • Driver mestilah pelajar UPSI yang berdaftar dan mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Maklumat dan dokumen yang dihantar mestilah benar. Maklumat palsu akan menyebabkan akaun disenarai hitam.
  • Driver bertanggungjawab ke atas keadaan kenderaan, cukai jalan dan insurans yang sah.
  • Admin boleh menggantung atau menyenarai hitam driver yang melanggar peraturan atau menerima laporan yang sahih.

Tanggungjawab pengguna

Siswa Ride hanya menghubungkan penumpang dengan driver. Setiap perjalanan adalah persetujuan antara penumpang dan driver. Sentiasa utamakan keselamatan: kongsi butiran perjalanan dengan rakan dan laporkan sebarang kelakuan yang membimbangkan.

Notis privasi (PDPA)

  • Data yang dikumpul: e-mel akaun. Bagi tempahan: nama, no. WhatsApp, butiran trip dan nota tempat ambil. Bagi driver: nama penuh, no. matrik, fakulti, no. telefon, maklumat kenderaan, gambar kad matrik, lesen memandu, gambar diri dan gambar kereta.
  • Tujuan: mengesahkan driver ialah pelajar UPSI yang layak, dan membolehkan penumpang menghubungi driver.
  • Siapa boleh melihat: dokumen (kad matrik, lesen, gambar diri) disimpan secara tertutup dan hanya boleh dilihat oleh admin. Nama, kenderaan, no. plat dan no. telefon driver yang diluluskan akan dipaparkan kepada penumpang. Nama dan no. WhatsApp penumpang hanya dikongsi dengan driver tempahan itu, dan no. telefon hanya dipaparkan selepas driver menerima tempahan.
  • Lokasi GPS driver: hanya direkod semasa driver menekan Online. Hanya kedudukan terkini disimpan (tiada sejarah perjalanan) dan ia dipadam apabila driver offline atau log keluar. Pengguna lain hanya nampak kedudukan anggaran (kira-kira 300 m).
  • Lokasi penumpang: semasa mencari driver, lokasi hanya digunakan dalam pelayar untuk mengira jarak dan tidak disimpan.
  • Jejak semasa trip: selepas driver menerima tempahan, lokasi tepat driver dan penumpang (jika penumpang memilih untuk berkongsi) hanya dipaparkan kepada pihak tempahan itu. Lokasi penumpang dipadam sebaik sahaja penumpang naik kereta, trip selesai atau dibatalkan.
  • Permintaan segera: lokasi GPS penumpang (jika dikongsi) hanya digunakan untuk memaklumkan driver terdekat. Driver hanya nampak anggaran jarak, dan GPS dipadam sebaik sahaja permintaan diambil, dibatalkan atau tamat.
  • Lokasi penyimpanan: data disimpan oleh penyedia awan Supabase di pusat data Singapura.
  • Hak anda: anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda dengan menghubungi admin.