Langkau ke kandungan
Siswa Ride

Cara guna Siswa Ride

Empat langkah untuk naik prebet, dan empat langkah untuk menjadi driver.

Untuk penumpang

  1. Cari laluanPilih Dari dan Ke di halaman utama. Harga tetap terus dipaparkan.
  2. Pilih driverPilih driver yang ada jadual, atau lihat driver online berdekatan di Peta.
  3. TempahHantar tempahan. Bila driver terima, anda nampak kereta di peta dan masa sampai.
  4. Bayar dan beri ratingBayar driver terus (tunai atau DuitNow), kemudian beri rating selepas trip.

Untuk driver

  1. MohonHantar kad matrik, lesen, gambar diri dan gambar kereta. Admin akan menyemak.
  2. Tambah jadualTambah jadual perjalanan supaya penumpang yang sehala menemui anda.
  3. OnlineTekan Online supaya pelajar berdekatan nampak anda di peta.
  4. Terima dan selesaikanTerima tempahan, ambil penumpang, tamatkan trip dan tanda sudah dibayar.

Soalan lazim

Apa itu "Cari driver sekarang"?

Untuk bertolak segera. Permintaan anda dihantar kepada driver yang sedang online berdekatan, dan driver pertama yang menekan Ambil akan mengambil anda. Jika tiada driver dalam 5 minit, permintaan tamat dan anda boleh cuba lagi atau menempah driver yang ada jadual.

Siapa yang menetapkan harga?

Harga ditetapkan oleh sistem untuk setiap pasangan lokasi, bukan oleh driver. Harga untuk satu kereta, jadi jika anda berkongsi kereta dengan kawan, kos seorang menjadi lebih rendah.

Kenapa ada laluan yang 'Belum ada harga'?

Admin belum menetapkan harga untuk laluan itu. Jika kedua-dua lokasi sudah ada pin di peta, sistem mengira harga ikut jarak secara automatik. Jika tidak, anda masih boleh bertanya driver melalui WhatsApp, atau cadangkan laluan itu kepada admin.

Bagaimana saya tahu driver itu pelajar UPSI?

Setiap driver menghantar kad matrik, lesen dan gambar kereta. Admin menyemak dokumen ini sebelum driver diluluskan. Pastikan no. plat sama sebelum naik.

Bagaimana cara bayar?

Bayar terus kepada driver secara tunai atau DuitNow. Siswa Ride tidak menerima atau menyimpan wang anda.

Driver minta lebih daripada harga sistem. Apa perlu saya buat?

Jangan bayar lebih. Laporkan driver itu melalui butang Lapor driver di profilnya, dan pilih sebab 'Harga tidak sama dengan sistem'. Admin boleh menggantung driver yang melanggar peraturan.

Adakah lokasi saya disimpan?

Semasa mencari driver, lokasi anda tidak disimpan. Selepas driver menerima tempahan, anda boleh memilih untuk berkongsi lokasi dengannya; lokasi itu dipadam sebaik sahaja anda naik kereta atau trip tamat.

Kenapa driver tidak muncul di peta?

Driver hanya muncul bila dia menekan Online dan membiarkan Siswa Ride terbuka di telefonnya. Kedudukan yang dipaparkan ialah anggaran (kira-kira 300 m) untuk keselamatan driver.

Bagaimana jika berlaku kecemasan semasa trip?

Hubungi 999 terus. Semasa trip aktif, halaman tempahan ada butang Kecemasan untuk menelefon 999 dan berkongsi butiran trip dengan kawan melalui WhatsApp.

Sedia untuk mencuba? Semak harga dahulu atau terus cari driver.